Our Logo

Our Logo

Monday, April 10, 2017

NOTIS TARIKH MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ke 8

PPTLSSI/01.1/PG (   )                                                                                                           
                                                                                          1 April  2017
                                                                                         4 Rejab 1438H

Semua ahli Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

NOTIS PINDAAN TARIKH MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN LAPANGAN SSI KALI KE-8 TAHUN 2017

Saya dengan hormatnya ingin menarik perhatian pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI Kali Ke-8 Tahun 2017 yang dijadualkan pada 8.April 2017 telah dipinda seperti ketetapan berikut :
Tarikh           : 16 April 2017 (Ahad)
Masa            : 9.00 pagi
Tempat         : Balai Serbaguna,
  Surau Al-Muhajirin,
                      Taman Lapangan SSI,
                      31650 Ipoh.

3.       Sehubungan itu, semua ahli dijemput hadir dan mengambil perhatian terhadap perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan persatuan.

4.       Sebarang usul / cadangan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Setiausaha pada atau sebelum 12 April 2017.  Usul spontan tertakluk kepada penerimaan oleh Pengerusi mesyuarat.




  Aturcara Majlis

9.00 pagi
- Pendaftaran dan ahli mengambil tempat.

- Bacaan doa.

- Mesyuarat Agung dimulakan.
- Agenda Mesyuarat
1.     Aluan Pengerusi.
2.     Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI
Kali Ke–7 Tahun 2016.
3.     Perkara Berbangkit.
4.     Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan Persatuan oleh Ketua Biro yang berkaitan.
5.     Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan dan Akaun Tahunan 2015/16.
6.     Membentangkan dan membahaskan usul/cadangan.
7.     Hal-hal lain.
8.     Penutup.















5.     Setinggi penghargaan diatas segala sokongan dan perhatian yang diberikan oleh YBhg. Dato’ /Datin/Tuan/Puan.
Sekian.
“MESRA, PERPADUAN, HARMONI”

Saya yang menjalankan tugas,



........................................
(HJ ANUAR BIN OMAR)
Pengerusi
Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI



MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN LAPANGAN SSI KALI KE-7. TAHUN 2016

Tarikh             :           21 Ogos 2016 (Ahad)
Masa              :           10.00 Pagi
Tempat           :           Balai Serbaguna
                                    Surau Al-Muhajirin
                                    Taman Lapangan SSI


AHLI YANG HADIR

1.            Cik Noor Fatimah binti Zulkefli
2.            Encik Al Johari Bin Ahmad Hashim Hawari
3.            Encik Hassan Basri bin Satiak
4.            Encik Kamal Azli bin Rapiyee
5.            Encik Kamaruddin bin Zakaria
6.            Encik Khasbullah Hazli bin Mohd Khazali
7.            Encik Yunus Bin Yahya
8.            Puan Hajjah Hasnah Binti Abdul Kadir
9.            Puan Hajjah Roslina binti Mas’ud
10.         Puan Hajjah Siti Zariah binti Asfar
11.         Puan Hazizah binti Karim
12.         Puan Maziah bt Sulaiman
13.         Puan Mek Asiah bt Hamzah
14.         Puan Nor Aliza binti Hj Said
15.         Puan Rogayah binti Jamaluddin
16.         Puan Sharifah Hanim binti Syed Nordin
17.         Tuan Haji Anuar bin Omar
18.         Tuan Haji Mohamad Fadzli bin Hj Tarmiji
19.         Tuan Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid
20.         Tuan Haji Mohd Amirudin bin Harun
21.         Tuan Haji Mohd Radzi Bin Abd Jabar
22.         Tuan Haji Mohd Yasin b Mohamod
23.         Tuan Haji Mohd Yunus bin Sukor
24.         Tuan Haji Roslan bin Mior Khalid
25.         Ustaz Ahmad Makin bin Sajuli
26.         Ustaz Haji Asyraf bin Ismail
27.         YBhg Dr Hajjah Mimin Tarmini bt Sachlin
28.         YBhg Prof Madya Dr Haji Hilmi bin Mukhtar
29.         YBhg. Dato’ Dr Haji Ziaudin Ahamed bin Abdul Kareem
30.         YBhg. Dr Haji Junaidi bin Ibrahim
31.         YBhg. Dr Haji Mohd Anuar bin Abdullah
32.         Yg Mulia Raja Rafiah bt Raja Yusof





AGENDA MESYUARAT

1.         UCAPAN ALUAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu-alukan semua yang hadir, mengucapkan salam kepada semua ahli yang hadir dan memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.  Seterusnya doa dibacakan oleh  Al Fadhil Ustaz Ahmad Makin bin Sajuli.
Pengerusi membacakan agenda mesyuarat dan memaklumkan bahawa pada mesyuarat kali ini akan memilih JK baru untuk dua tahun akan datang.

2.         MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-6. Tahun 2015
Tuan Haji Mohd Yasin b Mohamod mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI Kali Ke–6 Tahun 2015 disahkan dan disokong oleh Encik Al Johari Bin Ahmad Hashim Hawari. Tiada bantahan dan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI Kali Ke–6 Tahun 2015 diterima dan disahkan sebulat suara tanpa pindaan.


3.            PERKARA BERBANGKIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN LAPANGAN SSI KALI KE–5 TAHUN 2014

3.1 Perkara 6.2 Program COMBI
COMBI akan diteruskan dengan bantuan Dr Haji Junaidi bin Ibrahim.
3.2 Perkara 6.3 Sticker Baru
Sticker baru taman akan dibuat selaras dengan penggal baru JK yang akan datang.
3.3 Perkara 6.4 Sampah Kering
Kutipan tidak menyeluruh ke seluruh taman dan sering hanya sekali  masuk sahaja. Kena maklumkan kepada penyelia kawasan MBI.
3.4 Perkara 6.6 Pagar Futsall
Dipasang oleh persatuan bukannya MBI.
3.5 Perkara 6.7 Gelanggang Serbaguna
Ditangguhkan buat sementara waktu kerana anak-anak remaja telah menjadikan tiang pagar futsall sebagai bahan mainan.


4.            MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN LAPANGAN SSI

4.1         Setiausaha membentangkan Laporan Aktiviti Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI Tahun 2015/16 sebagaimana pada buku laporan mesyuarat.
4.2         Berkaitan dengan aspek keselamatan beberapa cadangan masih dalam tindakan dan belum selesai. Setiausaha seterusnya mencadangkan tindakan khususnya yang belum diambil oleh JK akan disambung oleh JK yang baru.
4.3         Pengerusi mencadangkan ahli yang tinggal berdekatan dengan pagar taman untuk bersama-sama menjaganya agar ia kekal lama. Memaklumkan jumlah kos pembinaan pagar adalah RM9,821.30 yang mana RM5860.00 adalah bayaran upah dan dana ini diperolehi melalui sumbangan penduduk.
4.4         Memaklumkan aktiviti Biro Wanita yang tercicir dari laporan mesyuarat yang lalu iaitu lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Titian Abadi, Lahat.
4.5         Memaklumkan juga aktiviti Jamuan Sambutan Raya Aidil Fitri telah dilaksanakan dengan kerjasama Surau Al-Muhajirin.
4.6         Dato’ Dr Haji Ziaudin Ahamed bin Abdul Kareem mencadangkan CCTV dipantau selalu untuk memastikan ianya berfungsi. Pengerusi memaklumkan ianya sentiasa berfungsi 24 jam X 7 hari. Contoh: kejadian langgar palang keselamatan telah dapat dikesan individu yang melakukannya. Pengerusi mencadangkan jika kedudukan kewangan mengizinkan CCTV boleh dipasang di setiap lorong taman.
4.7         Setiausaha seterusnya menjelaskan mengenai jumlah kehadiran mesyuarat JK dan Mesyuarat Khas Keselamatan dan Mesyuarat Khas Sambutan Hari Raya.


5.            MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN LAPANGAN SSI 2015/2016

5.1         Bendahari seterusnya membentangkan Laporan Kewangan Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI Tahun 2015/2016 sebagaimana dilampiran.
5.2         Mesyuarat mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Bendahari yang telah melaksanakan kutipan yuran berjadual yang konsisten. Semua ahli memberikan tepukan gemuruh kepada Bendahari serta mengucapkan syabas dan tahniah kerana telah bekerja keras mengutip yuran khususnya pada setiap hujung bulan di pondok pengawal.
5.3         Memaklumkan bahawa kutipan Muslimah RM2,000.00 yang telah didermakan kepada Rumah Orang-orang Tua Titian Abadi  tidak dimasukkan dalam penyata kewangan kerana ianya adalah kutipan Biro Wanita dan dibuat secara berasingan.
5.4         Mesyuarat mencadangkan ahli tegar yang tidak membayar yuran yang berjumlah kurang dari 10 orang diambil tindakan dengan dihubungi oleh JK. Tuan Hj Anuar Omar mencadangkan dikeluarkan surat peringatan kepada mereka. Mesyuarat dimaklumkan bahawa jumlah ahli tegar yang tidak membayar yuran telah banyak berkurangan. Tn Hj Amirudin mencadangkan dibuat poster, cth: tuan bolehkah anda tidur lena jika tak bayar yuran keselamatan. Dato’ Dr Haji Ziaudin Ahamed bin Abdul Kareem mencadangkan surat dikeluarkan setiap bulan. Tuan Haji Mohd Radzi Bin Abd Jabar mencadangkan dilekatkan sticker pada rumah ahli yang membayar yuran.
5.5         Tuan Haji Mohd Radzi Bin Abd Jabar menarik perhatian mesyuarat terhadap rumah-rumah kosong yang menimbulkan masalah keselamatan seperti haiwan liar dsb. Hubungi pemilik.
5.6         Mesyuarat bersetuju dengan semua cadangan tersebut dicatat dan dipanjangkan kepada tindakan JK yang baru dilantik.
5.7         Tuan Haji Amir mencadangkan Laporan Tahunan dan Kewangan Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI Tahun 2015/16 disahkan dan diterima. Cadangan disokong oleh Tn Hj Yassin bin Mohamod dan diterima sebulat suara tanpa pindaan.

6.            PEMBUBARAN JK PENDUDUK TAMAN LAPANGAN SSI TAHUN 2016/17

JK Penduduk Taman Lapangan SSI Tahun 2014/15 dibubarkan mengikut Fasal 8 JAWATANKUASA dalam perlembagaan persatuan.


7.            LANTIKAN PENGERUSI PEMILIHAN AJK PERSATUAN PENDUDUK TAMAN LAPANGAN SSI Tahun 2016/17
Mesyuarat seterusnya bersetuju sebulat suara Dr Hilmi dilantik mempengerusikan mesyuarat.


8.            PENCALONAN DAN LANTIKAN JK PENDUDUK TAMAN LAPANGAN SSI TAHUN 2016/17

Lantikan dibuat berdasarkan cadangan, sokongan serta jumlah undi yang diraih oleh calon mengikut jawatan-jawatan yang ada dalam JK Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI bagi tahun 2015/16.  Setelah proses penamaan calon dan undian dijalankan berikut ialah nama ahli-ahli yang dilantik menganggotai AJK Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI bagi tahun 2016/17.





Senarai AJK Penduduk Taman Lapangan SSI Tahun 2016/17
Tuan Haji Anuar bin Omar
Pengerusi
YBhg. Dr Haji Junaidi bin Ibrahim
Naib Pengerusi
Encik Hassan Basri bin Satiak
Setiausaha
Encik Kasbullah bin Khazali
Naib Setiausaha
Tuan Haji Yunus bin Sukur
Bendahari
Encik Yunus Bin Yahya
AJK
Pn Hajjah Siti Zariah binti Asfar
AJK
Encik Kamal Azli bin Rapiyee
AJK
YBhg. Datin Dr Mimin Tarmini bt Sachlin
AJK
Puan Hajjah Hazizah binti Karim
AJK
Ustaz Ahmad Makin bin Sajuli
AJK
Puan Rogayah binti Jamaluddin
AJK
Tn Hj Roslan bin Mior Khalid
AJK
En. Peter Khiew Wai Mun
AJK


Pemeriksa Kira-kira

Encik Kamaruddin bin Zakaria
Pemeriksa Kira-kira I
Dato’ Dr. Hj Ziaudin Ahamed bin Abdul Kareem
Pemeriksa Kira-kira II

Pengerusi seterusnya menyerahkan mesyuarat kepada JK yang baru dilantik.

9.            MEMBENTANGKAN DAN MEMBAHASKAN USUL

9.1         Dr Haji Mohd Anuar bin Abdullah  mengucapkan tahniah kepada semua ahlli yang dilantik menjadi JK persatuan bagi dua tahun akan datang.  Mencadangkan Pengerusi Surau dilantik secara otomatik dibawah Pengerusi JK Biro Agama. Pungutan yuran surau juga dibuat olah Bendahari Persatuan. Akaun walau bagaimanapun akan dibuat secara berasingan. Cadangan ditolak dan mesyuarat Surau Al Muhajirin dicadangkan diadakan sebaik mesyuarat persatuan selesai.
9.2         Dato’ Dr Haji Ziaudin Ahamed bin Abdul Kareem mencadangkan gaji Wak Kisman dinaikkan. Mesyuarat dimaklumkan bahawa gaji kedua-dua pengawal telah dinaikkan dengan kadar RM200.00.
9.3         Prof Madya Dr Haji Hilmi bin Mukhtar mencadangkan kutipan keselamatan dan tabung persatuan dipisahkan melalui penyata yang berbeza. Usul diterima.
9.4         Dato’ Dr Haji Ziaudin Ahamed bin Abdul Kareem ingin tahu siapakah yang bertanggungjawab untuk menandatangani cek persatuan. Mesyuarat memutuskan bahawa penandatangan cek ialah JK baharu 2016/2017 yang tediri daripada DUA orang iaitu Bendahari (wajib) bersama-sama Pengerusi atau Setiausaha.
9.5         Ustaz Ahmad Makin mohon dibayar upah pekerja untuk membersihkan pagar sempadan taman seperti meracun rumput rumpai. Mesyuarat bersetuju perkara ini dibincangkan oleh JK persatuan.
9.6         Hj Mohammad Nazari Abdul hamid mengemukakan SOP pengawal untuk dibincangkan oleh mesyuarat.  Mesyuarat seterusnya bersetuju diserahkan kepada JK persatuan untuk membincangkannya.

10.         UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan tahniah kepada barisan JK yang dilantik. Beliau mengharapkan pasukan baru ini dapat meneruskan kecemerlangan JK terdahulu. Beliau turut berjanji akan cuba melakukan yang terbaik untuk kesejahteraan taman. Namun, beliau turut risau kerana tidak berpengalaman mengendalikan persatuan. Memohon kerjasama ahli lain terus membantu JK yang dilantik. Beliau turut mengalu-alukan teguran yang telus agar matlamat persatuan tidak terpesong dari sasarannya. Pengerusi turut kesal tiada sambutan dari ahli Melayu. Berjanji akan menyemak sama ada boleh atau tidak lantik wakil non Malay dalam JK nanti. Pengerusi turut memohon maaf terhadap kekurangan dan kecacatan semasa mengendalikan mesyuarat dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

11.         HAL-HAL LAIN

11.1      Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid selaku bekas Setiausaha mengucapkan terima kasih kepada JK lalu dan ahli kerana telah memberikan kerjasama serta memohon maaf atas kekurangan yang ada bagi tempoh perkhidmatan beliau sebagai setiausaha. Beliau berjanji akan membantu Setiausaha baru menyelesaikan beberapa aspek khususnya yang berkaitan dengan ROS.
11.2      Dr Hilmi bekas Pengerusi juga turut mengucapkan terima kasih kepada ahli atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau menerajui persatuan.
11.3      Tuan Haji Anuar Bin Omar selaku Pengerusi baru memohon diserahkan semua fail/dokumen pengurusan berserta nombor-nombor contact yang penting seperti Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) kepada JK baru.
11.4      Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh ahli dan berharap ahli bersama JK akan bantu-membantu dalam menjayakan agenda taman demi kemaslahatan dan keharmonian taman. Kalau ada kekurangan sama-sama tanggung. Eratkan hubungan sesama ahli.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.35 tengahari dengan bacaan Al Fatihah.


Disediakan oleh,                                                                        Tarikh: 23hb. Ogos 2016

…………………………………….
(HASSAN BASRI BIN SATIAK)
Setiausaha
Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI Tahun 2016/17

Disemak oleh,

………………………………
(HAJI ANUAR BIN OMAR)
Pengerusi
Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI Tahun 2016/17