Pihak Persatuan Penduduk (PP) Taman Lapangan SSI berpendapat keselamatan keseluruhan taman lebih terjamin jika khidmat kawalan keselamatan dapat wujudkan semula walaupun hanya meliputi tempoh 12 jam. Minggu lepas, satu mesyuarat AJK PP telah diadakan dan sebulat suara telah bersetuju supaya perkhidmatan ini disambung ekoran berjayanya perkhidmatan tersebut semasa cuti panjang Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Penduduk-penduduk yang balik kampung berasa tenang dan tidak khuatir walaupun meninggalkan rumah hampir seminggu. Dulu, keluar ke Tesco sekejap pun sudah bimbang rumah dimasuki pencuri, tangga aluminium dikebas atau basikal diangkut orang.
Berdasarkan kejayaan tersebut, maka pihak PP, untuk kesejahteraan semua, telah bersetuju untuk menghidupkan perkhidmatan ini. Namun, persetujuan dan sokongan SEMUA penduduk Taman Lapangan SSI mesti diperoleh supaya hasrat ini dapat dicapai.
Tanda persetujuan adalah MELALUI sumbangan RM30 sebulan untuk pembiayaan perkhidmatan tersebut. Jika 50 isi rumah bersetuju membayar RM30 sebulan (tidak termasuk RM10 yuran bulanan persatuan) maka pihak AJK akan memperolehi RM1,500 untuk membayar gaji pengawal.
Perkara ini memerlukan komitmen jangka panjang serta kerjasama yang ERAT kerana untuk mendapatkan keselesaan dan ketenangan, kita perlu berkorban sedikit.
Pihak AJK akan menyusul dan memaklumkan perkara ini melalui blog ini. Sekiranya ada apa-apa cadangan, pihak penduduk serta AJK bolehlah menggunakan bahagian "comment".
Terima Kasih.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment