Barisan Exco Taman Lapangan SSI mengendalikan Mesyuarat Agung Ke II |
Warga Taman yang hadir pada hari itu |
Ada program lain selepas mesyuarat -- pesta buah-buahan tempatan termasuk durian |
1. Keselamatan Taman - rondaan dijalankan lebih kerap dan kenderaan pelawat yang
masuk ke taman dikehendaki berhenti untuk pemeriksaan dan maklumat dicatat oleh
pengawal.
2. Seluruh warga Taman haruslah bekerjasama untuk membayar yuran keselamatan
bulanan iaitu RM30 sebulan dan yuran persatuan RM10 sebulan. Dana yang diperolehi
akan digunakan untuk membayar gaji pengawal keselamatan serta menganjurkan aktiviti
dan program untuk seluruh warga Taman.
3.Satu tembok yang mempaparkan nama Taman akan dibina di kawasan pos keselamatan.
4. Masalah perparitan yang kurang sempurna mengakibatkan banjir semasa dan selepas
hujan. Isu ini akan dipanjangkan kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh.
5. Pihak Persatuan diminta mendapatkan satu lori terbuka untuk mengangkut logokan kayu
dan perabot lama sekurang-kurangnya sebulan sekali. Satu permohonan akan diserahkan
ke MBI.
6. Biro Wanita akan diwujudkan. Puan Hasnah akan mewakili biro ini.
Laporan oleh Peter Khiew, peterkhiew@yahoo.com
Laporan oleh Peter Khiew, peterkhiew@yahoo.com
No comments:
Post a Comment