Our Logo

Our Logo

Monday, December 7, 2009

PENGAWAL KESELAMATAN DI TAMAN LAPANGAN SSI


Pihak Persatuan Penduduk (PP) Taman Lapangan SSI berpendapat keselamatan keseluruhan taman lebih terjamin jika khidmat kawalan keselamatan dapat wujudkan semula walaupun hanya meliputi tempoh 12 jam. Minggu lepas, satu mesyuarat AJK PP telah diadakan dan sebulat suara telah bersetuju supaya perkhidmatan ini disambung ekoran berjayanya perkhidmatan tersebut semasa cuti panjang Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Penduduk-penduduk yang balik kampung berasa tenang dan tidak khuatir walaupun meninggalkan rumah hampir seminggu. Dulu, keluar ke Tesco sekejap pun sudah bimbang rumah dimasuki pencuri, tangga aluminium dikebas atau basikal diangkut orang.
Berdasarkan kejayaan tersebut, maka pihak PP, untuk kesejahteraan semua, telah bersetuju untuk menghidupkan perkhidmatan ini. Namun, persetujuan dan sokongan SEMUA penduduk Taman Lapangan SSI mesti diperoleh supaya hasrat ini dapat dicapai.
Tanda persetujuan adalah MELALUI sumbangan RM30 sebulan untuk pembiayaan perkhidmatan tersebut. Jika 50 isi rumah bersetuju membayar RM30 sebulan (tidak termasuk RM10 yuran bulanan persatuan) maka pihak AJK akan memperolehi RM1,500 untuk membayar gaji pengawal.
Perkara ini memerlukan komitmen jangka panjang serta kerjasama yang ERAT kerana untuk mendapatkan keselesaan dan ketenangan, kita perlu berkorban sedikit.
Pihak AJK akan menyusul dan memaklumkan perkara ini melalui blog ini. Sekiranya ada apa-apa cadangan, pihak penduduk serta AJK bolehlah menggunakan bahagian "comment".
Terima Kasih.

HARI RAYA TERBUKA TAMAN LAPANGAN SSI - OKTOBER 18, 2009

Penduduk Taman Lapangan SSI menghadiri satu hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Hari yang begitu meriah itu telah dihadiri oleh lebih kurang 150 orang, termasuklah kanak-kanak, kaum ibu. Para lelaki telah memainkan peranan yang penting semasa hari terbuka kerana mereka dilihat mengelolakan permainan, acara cabutan bertuah, menghidang juadah yang pelbagai dan memastikan semua yang hadir selesa dan mendapat makanan yang secukupnya. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI, Tuan Haji Zaidul, semasa memberi ucapan alu-aluan, menyatakan bahawa acara ini telah memberi peluang kepada semua penduduk untuk berinteraksi serta menjalin persahabatan, selaras dengan semangat muhibah.
Peluang mendapatkan duit raya ternyata ada kerana pada hari itu, Tn Hj Zaidul telah menyampaikan angpow kepada kanak-kanak yang hadir.


Pengerusi mengalu-alukan kehadiran penduduk ke Hari Terbuka Hari Raya Aidilfitri.

Upgrading Of Sultan Azlan Shah Airport, IPOH.

Published: Saturday November 7, 2009 MYT 5:01:00 PM

RM60mil approved to upgrade Sultan Azlan Shah airport
IPOH: Work on extending the Sultan Azlan Shah Airport runway and upgrading the terminal building will start next year.

Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said the Cabinet had approved RM60mil for the two projects.
He said the runway could now be extended by 200m from the present 1.8km apart from the airport terminal being upgraded.
This would allow the airport to attract more budget airlines within Asean to fly there, he said.
Currently, only Firefly offers flights from here to Singapore daily.
"Our surveys showed that Perak hold immerse potential as a tourist destination.
"With the extension, we hope other budget airlines will be attracted to use the airport," said Ahmad Husni Saturday.
Speaking to reporters after a ground-breaking ceremony for a market at the Tanah Hitam New Village in Chemor near here, Ahmad Husni, who is also Tambun MP, said work on extending and upgrading the airport would start next year.

Kerja naik taraf LTSAS bermula awal tahun depan

07/11/2009 3:52pm
IPOH 7 Nov — Kerja menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini akan bermula awal tahun depan sebaik sahaja kontraktor untuk projek itu dilantik oleh Kementerian Pengangkutan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata Kabinet dalam mesyuarat mingguannya semalam telah meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk kerja naik taraf lapangan terbang itu.
"Peruntukan itu bagi memanjangkan landasan LTSAS dari 1,800 meter ke 2,000 meter selain untuk meningkatkan kemudahan di Kompleks Kastam dan Imigresen serta kemudahan pengangkutan awam di kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan semula Pasar Tanah Hitam, Chemor di sini hari ini.
Beliau berkata projek berkenaan apabila siap akan merancakkan lagi aktiviti pembangunan ekonomi di Perak.
— BERNAMA

Monday, May 18, 2009

IPOH AIRPORT

Ipoh Airport Upgrade Still At Discussion Stage

PUTRAJAYA, May 18 (Bernama) -- The Transport Ministry is still at the discussion stage on the proposal to upgrade the Ipoh airport, said its Deputy Minister Datuk Abdul Rahim Bakri.
He said officers from the Perak government's economic planning unit would be meeting Transport Ministry officers soon to discuss the matter in greater detail so that the right decision could arrived at on the upgrade after all aspects were considered."Till now the Ipoh airport is not serviced by mainstream airlines like MAS, Air Asia or Firefly although charter flights using propeller planes from neighboring countries do land there," he added.
Rahim said Ipoh airport was also a training centre for helicopters and fixed wing aircraft in Southeast Asia.The absence of major airlines was strongly connected to the load factor and the runway at the airport not being long enough, which caused the airport to operate at below capacity, he explained.
Rahim said if the upgrade programme was implemented, it would enable Boeing 737 series 400 or 800 aircraft land and this obviously would need aggresive marketing strategies to attract visitors to come directly to Ipoh airport.

Friday, April 24, 2009

Gotong Royong In Taman Lapangan SSI, Ipoh.


On Sunday, 26 April 2009, the residents of TLSSI are getting together for a gotong-royong (defined as getting together as a community for a common cause). Among the activities planned are planting of trees, colouring competition for kids, medical check-ups for the women folks and etc.

Prior to that, a day earlier, the Ipoh City Council mobilised ten workers to help us in the planting by preparing the soil. The council has also contributed 30 trees whereas the residents are getting another 30 fox tail palms to be planted in the housing scheme.
Thank you, Mayor for your support. To all residents, make this Sunday a day for a get-together.

Greetings From Us At Taman SSI IPOH


The newly-formed committee members of Taman Lapangan SSI, Ipoh. 

Sunday, March 22, 2009

Committee Members For the Term 2009/2010

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI untuk tempoh 2009/2010
Pengerusi: Tn Hj Zaidul Bakri b Hj Abdul Mutalib
Naib Pengerusi: Tn Hj Yahya Abd Rahman
Setiausaha: En Peter Khiew
Bendahari: Dato’ Dr Ziaudin Ahamed A Kareem

Ahli Jawatankuasa:
1. Mejar Md Nizam Isa
2. Kolonel Shaharudin Hj Nazari
3. Dr Palaniyappan a/l Etty Goundar
4. Dr Hilmi b Mukhtar
5. Ustaz Kamal Izat Ahmad
6. En Yunus Yahya
7. Tn Hj Mohd Yasin Mohamod

Pemeriksa Kira-Kira:

1.En Roslan Mior Khalid
2. Tn Hj Mohd Zulkhairi bin Mohd Nor

A Letter For All Taman Lapangan SSI Residents


Collection of fund has to be carried out to ensure that programmes and projects are carried out successfully for the benefits of all. A nominal sum of RM10 will be collected monthly. 

Sunday, March 1, 2009

Taman Lapangan SSI Ipoh

Selamat Datang dan "Welcome" ke blog Taman Lapangan SSI, satu tempat kediaman yang eksklusif, aman dan ceria di bandaraya Ipoh. Dibuka pada tahun 2007, taman ini merupakan satu projek "penyayang" yang diusahakan oleh "State Secretariat Incorporated" dan kini didiami oleh pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di peringkat negeri dan persekutuan.