Our Logo

Our Logo

Sunday, January 24, 2010

Majlis Pembukaan Perkhidmatan Keselamatan Berjaya Dilangsungkan


Yang disangka sebuah majlis yang kecil menjadi sesuatu yang meriah dan bermakna. Atas usaha gigih AJK Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI, majlis pelancaran pagi ini berjaya dilangsungkan dengan kehadiran SAC II Dato' Zuraidi Ibrahim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak.

Tetamu Kehormat bersama Pengerusi Persatuan Penduduk Tn Hj Zaidul
Di antara penduduk yang hadir untuk memberi sokongan
Mr Khor, pemaju perumahan yang telah menyumbang satu pondok pengawal.
En Roslan (depan) yang merupakan seorang AJK Persatuan yang begitu aktif dalam aktiviti penduduk.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Balai Sungai Rapat dan pemaju perumahan En Koh yang telah menyumbang sebuah unit pondok keselamatan yang bersilingkan "plaster ceiling", yang dipercayai satu-satunya yang wujud di negara ini.  
Kehadiran penuh para pemberita telah menjadikan suasana pelancaran begitu meriah.
At Attention - The security personnel keep close vigilance.
The head of CID Perak being interviewed by the reporters.

Usaha gigih AJK Persatuan dipuji oleh ketua CID Perak di dalam membantu pihak polis dalam mengurangkan kadar jenayah di negeri ini. Terima kasih saya rakamkan kepada Pengerusi Persatuan Tn Hj Zaidul, Dr Hilmi, ketua biro Komuniti dan Sosial, Tn Hj Yahaya (yang dikenali di sekitar Taman dengan nama Pak Ya), En Roslan dan Ustaz Kamal Izat kerana dalam menjayakan program ini. Para pemberita yang saya berbual-bual pula cukup kagum dengan program ini.

Selamat Tahun Baru semua.

1 comment:

  1. Tahniah kepada semua AJK dan Penduduk yang memberikan kerjasama. Minoriti yang masih kurang bekerjasama diharapkan dapat memeikirkan kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi

    ReplyDelete